fbpx

Liga Super: Gergasi Merah, JDT, sama liat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor, Alexander Agyarkwa Ameyaw (kiri) mengejar bola dari Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Gustavo Silveira D Silva pada perlawanan Liga Super 2022 Selangor menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC berjaya menamatkan badi kekalahan selepas mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan seri 1-1 pada saingan yang berlangsung di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah kendalian Mohd. Nidzam Jamil membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain import dari Brazil, Herlison Caion mengetuai jentera serangan.

Pasukan pelawat yang dibimbing Hector Bidoglio turut meletakkan barisan pemain bertaraf bintang seperti Bergson Da Silva, Leandro Velazquez, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri.

Namun, kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan perlahan pada awal saingan apabila beberapa percubaan yang dilakukan tidak menemui sasaran.

Skuad tuan rumah tersentak selepas JDT meraih sepakan Arif Aiman dikasari pertahanan Selangor, Yazan Al Arab.

Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Bergson yang bijak menempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30.

Bersambung pada babak kedua, skuad Selangor memperkemaskan jentera serangan dengan memasukkan pemain sayap lincah, Nor Hakim Hassan.

Momentum Selangor nampak berubah sehingga berjaya meraih jaringan penyamaan hasil ledakan Caion pada minit ke-65 yang bijak menewaskan penjaga gol skuad Harimau Selatan, Haziq Nadzli.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha memburu kemenangan dengan peluang terbaik hadir menerusi percubaan kapten Selangor, Brendan Gan tetapi gagal menepati sasaran.

Keputusan seri kekal sehingga wisel perlawanan.

Selangor yang merekodkan empat kekalahan berturut-turut sebelum ini meraih 16 mata manakala JDT masih gah mendahului carta liga dengan 42 mata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI