fbpx

Laporan PBB bukti Uighur mangsa genosid – AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan membawa sepanduk semasa protes menggesa pembebasan masyarakat Uighur di New York pada 22 Mac 2021. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menyatakan kelmarin bahawa laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  yang sekian lama ditunggu-tunggu mengesahkan pendirian Washington bahawa China  melakukan genosid etnik Islam Uighur.

Beijing yang berang dengan tuduhan Washington itu melabelkan PBB sebagai konco Barat.

Setiausaha Agung PBB,  Antonio Guterres mengesahkan laporan hak asasi manusia di wilayah Xinjiang, barat China itu dan menyeru Beijing amematuhi saranannya  untuk menamatkan amalan ‘diskriminasi’ terhadap etnik  Uighur dan penduduk Islam lain.

Laporan bersejarah itu memperincikan  pelanggaran hak asasi manusia termasuk penyeksaan, buruh  paksa dan penahanan tanpa perbicaraan. Laporan PBB itu mengesahkan dakwaan selama ini yang disuarakan oleh kumpulan aktivis, Barat  dan masyarakat Uighur yang hidup dalam buangan.

Menurutnya China dipercayai melakukan ‘jenayah kemanusiaan’  tetapi enggan melabelkan  layanan Beijing terhadap etnik Uighur sebagai genosid atau penghapusan etnik,  istilah yang digunakan sejak Januari 2021 oleh AS dan badan perundangan beberapa negara Barat  lain. 

Setiausaha Negara AS,  Antony Blinken, bagaimanapun  berkata,  isi laporan itu ‘mendalam dan mengesahkan kebimbangan besar kami mengenai pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan  berterusan oleh Republik Rakyat China (PRC)  terhadap orang Uighur.’

“Kami akan terus meminta PRC untuk bertanggungjawab  dan menyeru PRC membebaskan mereka yang ditahan secara tidak adil, bertanggungjawab terhadap mereka yang hilang dan memberikan akses penuh tanpa halangan kepada pasukan penyiasat bebas ke Xinjiang, Tibet dan merentasi RRC,” katanya dalam satu kenyataan, menggunakan akronim untuk Republik Rakyat China.

China membidas laporan itu yang mengambil masa setahun untuk disiapkan dan membantah  keras pendedahannya.

“Laporan kritikal yang anda sebutkan itu dirancang dan diada-adakan oleh AS dan beberapa negara Barat. Laporan itu ‘haram’ dan tidak sah,” kata jurucakap kementerian luar Wang Wenbin dalam satu taklimat biasa kelmarin. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI