fbpx

KPT serah kepada UM isu tular pelajar Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan mencampuri dalam urusan siasatan video tular mengenai seorang pelajar dari Yemen yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

BAGAN SERAI – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan mencampuri dalam urusan siasatan video tular mengenai seorang pelajar dari Yemen yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pihak Universiti Malaya (UM) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan pelajar berkenaan.

“UM telah menghantar laporan dan menyatakan bahawa mereka telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan tersebut. Kita serahkan kepada universiti sebab pihak tersebut mempunyai autonomi masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Komuniti di Kolej Komunìti Bagan Serai di sini hari ini.

Noraini berkata, perkara itu terjadi di UM maka universiti berkenaan mempunyai kuasa penuh untuk membuat siasatan mengenai isu tersebut.

Minggu lalu, seorang pelajar dari Yemen berusia 34 tahun yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) mendakwa dua penyelianya mengunakan bahan penyelidikannya tanpa kebenaran untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Pihak UM telah membuat laporan polis di Brickfields bagi tujuan menafikannya serta menyatakan adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI