HANYA dengan satu komen daripada aktres terkenal Fazura, nama seorang wanita, Ellya Farahanny Ridzuan terus meledak dalam media sosial.
Masakan tidak, wajahnya dikatakan mempunyai iras pelakon filem Pisau Cukur itu.
“Oh, hai kembar,” komen Fazura baru-baru ini.
Tidak menyangka dirinya mendapat perhatian ramai, Ellya beberapa kali menjelaskan kepada pengguna media sosial, bahawa dia tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Fazura.
Bukan hanya meraih pujian, dia turut dikatakan meniru gaya percakapan dan perwatakan Fazura selepas dikenali ramai.
Menafikan semua itu, Ellya bagaimanapun berterima kasih dengan semua respons netizen.
Difahamkan, jumlah pengikut Ellya meningkat secara mendadak selepas videonya tular dalam TikTok minggu lalu.