fbpx

Isteri mengandung, suami pula mual dan muntah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Isteri mengandung, tetapi suami pula mengalami rasa mual dan muntah sama seperti wanita hamil, bahkan ada yang lebih teruk.

Nampak pelik, namun situasi tersebut sebenarnya terjadi kepada golongan lelaki terutama mereka yang baru pertama kali mahu menimang cahaya mata.

Berdasarkan penerangan oleh pengamal perubatan, Dr. Muhamad Hazwan Nazri berkata, kejadian tersebut benar-benar wujud dan ia dinamakan sebagai ‘couvade syndrome’.

“Simptom dialami kalah perempuan mengandung. Ada yang mual, loya, ‘mood swing’ dan mabuk iaitu sama seperti perempuan. Ada juga tidak boleh bau masakan, sakit belakang dan perut selain kurang nafsu untuk bersama pasangan.

“Ia boleh terjadi apabila fasa peralihan lelaki menjadi bapa dan bukan disebabkan hormon. Lelaki tersebut kasihan kepada pasangannya mengandung dan dia pula takut menjadi bapa,” katanya pada video dimuat naik di media sosial.

Beliau berkata, berbanding wanita mengandung, mabuk selain muntah dan mual dialami adalah disebabkan oleh hormon Beta-hCG dihasilkan daripada uri bayi.

“Hormon ini yang menyebabkan ujian air kencing wanita mengandung menunjukkan dua garisan positif. Ia paling tinggi ketika kandungan usia sembilan hingga 12 minggu.

“Sebab itu wanita mengandung muntah teruk ketika trimester pertama dan selepas minggu ke-13, 14 dan 15, hormon itu menurun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI