MESKIPUN sambutan Hari Kebangsaan ke-65 sudah melabuhkan tirai, semangat merdeka dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum berakhir.
Buktinya, video-video perarakan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu masih hangat sehingga membanjiri media sosial khususnya TikTok.
Antara paling mencuri perhatian ramai semestinya perarakan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan meraih sorakan paling gemuruh daripada para penonton yang hadir.
“Perarakan tahun ini milik abang bomba,” komen netizen.
“Abang bomba! Hati saya terbakar,” seloroh seorang wanita.
Disebabkan bomba, lagu berjudul Bomba nyanyian W.A.R.I.S turut tular dalam TikTok.
Bukan hanya bomba, unit Pasukan Khas Laut atau PASKAL dan lori minuman tenaga, Milo turut meraih sorakan hebat daripada pengunjung.