fbpx

Gajah ‘pecah masuk’ rumah curi ikan masin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung sering berdepan masalah pecah masuk oleh gajah liar kerana lokasi kediaman berhampiran Taman Negara Thap Lan. - Thaiger

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Prachin Buri, Thailand mengalami trauma apabila rumahnya diceroboh oleh seekor gajah liar  yang mencuri bekalan ikan masin, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pranee Saicharoen berkata, kejadian tersebut berlaku awal pagi semalam apabila dia tersedar dari tidur kerana mendengar bunyi dentuman kuat.

“Apabila saya membuka mata, saya melihat belalai gajah itu  melilau mencari makanan.

“Saya sangat takut sehingga melompat keluar dari rumah menerusi tingkap dan memanggil ketua kampung untuk meminta bantuan,” ujarnya.

Beberapa saksi melihat ‘pencuri’ itu melarikan diri dari tempat kejadian dengan membawa bersama  ikan masin dan beberapa makanan ringan sebelum hilang di dalam hutan tebal yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah Pranee.

Sejak akhir-akhir ini, gajah liar menyebabkan masalah serius kepada penduduk kampung yang terletak di dalam Taman Negara Thap Lan, sebuah lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI