fbpx

Cuti sekolah punca pintu keluar masuk ke Johor sesak hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA gambar keadaan kesesakan di CIQ, BSI, Johor Bahru yang dikongsi pengguna laman sosial.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor mengesahkan punca kesesakan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) disebabkan pertembungan cuti sekolah yang bermula di kedua-dua negara Malaysia serta Singapura.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesesakan dikesan bermula awal malam tadi sehingga pagi ini kerana rakyat di kedua-dua negara mengambil kesempatan untuk merentas sempadan apabila tiba musim cuti persekolahan.

“Betul berlaku kesesakan di CIQ, BSI malam tadi dan ia lebih sesak daripada kebiasaannya. Ini kerana Singapura juga mula cuti sekolah seperti di sini (Malaysia).

“Biasanya apabila cuti sekolah atau ada cuti-cuti lain, ia menggalakkan mereka (rakyat) untuk rentas sempadan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Baharuddin mengesahkan pihaknya beroperasi seperti biasa ketika kesesakan itu berlaku.

“Semua kaunter kita buka seperti biasa, malah kakitangan yang ditugaskan juga mencukupi,” jelasnya.

Beliau berkata, operasi kemudian kembali normal antara pukul 3 hingga 4 pagi tadi.

Terdahulu, di laman sosial, ramai pengguna CIQ BSI terutamanya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berkongsi gambar kesesakan di bangunan itu yang dianggap luar biasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI