fbpx

Beruang ganggu madu kelulut masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perangkap yang digunakan anggota Perhilitan Selangor untuk menangkap beruang terbabit.

SHAH ALAM – Isu seekor beruang matahari yang kerap mengganggu sarang madu kelulut penduduk di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu terungkai apabila haiwan itu berjaya ditangkap, Isnin lalu.

Beruang seberat 80 kilogram (kg) itu ditangkap selepas terkena jerat atau perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kira-kira pukul 10 malam.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, perangkap itu dipasang sejak awal bulan lalu selepas menerima aduan kacau ganggu daripada penduduk setempat.

Kata beliau, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai tangkapan beruang itu.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati haiwan itu sudah memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan. Beruang matahari yang dalam keadaan sihat itu kemudian ditangkap untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Choon Yung, haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai, Perak untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan sebelum dilepaskan ke habitat hutan asal.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI