PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju Pantai Timur, utara dan selatan masih perlahan berikutan pertambahan kenderaan susulan cuti hujung minggu dan cuti sekolah.
Menerusi kemas kini Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak iaitu di Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi dan Petronas Bentong ke Plaza Tol Bentong.
“Selain itu, trafik perlahan arah utara iaitu Behrang ke Slim River, Sungkai ke Bidor, kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah ke Gopeng, Terowong Menora ke R&R Sungai Perak, Kuala Kangsar ke Bukit Berapit, Bandar Baharu ke Jawi, R&R Sungai Bakap ke Bandar Cassia, Juru ke Perai serta Permatang Pauh ke Sungai Dua.
“Trafik juga perlahan menuju arah selatan iaitu Bangi ke R&R Seremban, Seremban ke Senawang, Pedas Linggi ke Simpang Ampat dan Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Ayer Keroh,” ujarnya.
Dalam masa sama, trafik juga perlahan dari Plaza Tol Skudai ke Kulai, Senawang ke Seremban serta R&R Seremban ke Nilai. -KOSMO! ONLINE.