fbpx

Wanita terkejut bapa kekasih datang jemput di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini berkongsi pengalaman lucunya di laman TikTok. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular apabila berkongsi cerita lucu tentang pengalaman dijemput pulang oleh bapa teman lelakinya semasa sedang bercinta, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi muat naik di laman TikTok @adhisaaaaa, wanita dikenali sebagai Adhisa Putri itu berkata, ketika itu dia meminta kekasihnya untuk menghantarnya pulang ke rumah dari kampus universiti.

Kekasihnya tanpa bertanya lanjut terus bersetuju dan meminta dia  menunggu ketibaan lelaki berkenaan di universiti.

Namun, apabila Adhisa menuju ke luar pagar bagi mendapatkan teman lelakinya, wanita itu berubah wajah melihat sosok yang datang untuk menjemput dia pulang.

“Muka saya sudah merah padam apabila yang datang itu ialah bapa kekasih saya. Semata-mata mahu menghantar saya pulang.

“Teman lelaki saya masih ada urusan di kampus dan meminta orang tua itu untuk tolong menghantar saya pulang kerana kebetulan bapanya baru tamat waktu kerja,” katanya.

Tambahnya, suasana sangat kekok sepanjang perjalanan dan Adhisa berasa sangat marah dengan teman lelakinya kerana menyuruh bapa sendiri menghantar dia pulang.

“Dia cuma membalas bimbang saya menaiki kereta sewa atau teksi jadi lebih baik bapanya sahaja menghantar saya pulang,” jelas wanita itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI