fbpx

Tidak sedar bayi hisap sisa asap basi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Bayi usia 10 bulan mengalami batuk berbulan-bulan, malah telah diberikan nebulizer oleh doktor, tetapi dia sembuh hanya sekejap.

Apabila diberikan pemeriksaan lebih lanjut, rupa-rupanya bayi itu merupakan perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi tanpa disedari ibu bapanya.

Kisah tersebut diceritakan oleh pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berhubung masalah kesihatan seorang bayi ekoran bapanya merokok sebelum bertukar menghisap vape.

“Rokok elektronik mengandungi ‘propylene glycol’, ‘vegetable glycerin’, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai silap faham, rokok elektronik lebih selamat daripada rokok, hakikatnya tidak.

“Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri. Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka menghidu asap rokok dibebaskan oleh perokok pertama.

“Dalam masa sama, perokok ketiga adalah mereka terdedah kepada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua. Justeru jangan anggap bayi atau anak selamat apabila merokok di luar rumah,” katanya pada hantaran Twitter.

Beliau berkata, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa rokok masih terlekat pada kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir dan kereta walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.

“Sisa asap rokok lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

“Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Samhan berkata, antara kesan sisa asap basi ialah potensi mati mengejut, masalah salur pernafasan, serangan lelah, merencatkan perkembangan otak serta jangkitan paru-paru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI