fbpx

Thailand akan proses minyak masak terpakai jadi bahan api pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINYAK masak terpakai akan dikutip daripada industri makanan Thailand termasuk restoran-restoran makanan segera di negara itu. - Thaiger

BANGKOK – Sebuah projek untuk menghasilkan bahan api penerbangan daripada minyak masak terpakai di Thailand menerima pelaburan 10 bilion baht (RM1.2 bilion), lapor laman berita Thaiger semalam. 

Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, produk itu boleh didapati untuk dibeli pada suku keempat tahun 2024.

Pegawai daripada syarikat petroleum Bangchak Corporation Plc (BCP), BBGI Plc dan Thanachok Oil Light telah menandatangani kertas kerja untuk merealisasikan impian menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF).

BCP akan memegang 51 peratus kepentingan dalam usaha niaga itu, Thanachok Oil Light sebanyak 29 peratus, manakala BBGI akan memegang 20 peratus kepentingan.

Untuk mencapai kejayaan tersebut, ia memerlukan minyak masak terpakai daripada rakyat Thailand. 

Orang ramai akan dijemput untuk membawa minyak masak terpakai mereka ke 2,000 lokasi di seluruh negara di mana mereka boleh menjualnya kepada BCP.

Minyak masak terpakai juga akan dikutip daripada industri makanan Thailand termasuk restoran makanan segera di negara itu. 

Industri makanan menghasilkan sekitar 17 juta liter minyak masak terpakai setiap bulan, cukup untuk menghasilkan 1,000 liter bahan api bio-jet setiap hari.

Projek yang pertama seumpamanya di Thailand itu akan menerima pelaburan awal antara 8 bilion baht (RM974.5 juta) hingga 10 bilion baht (RM1.2 bilion), kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden BCP, Chaiwat Kovavisarat.

Menurut beliau, BCP sedang bekerjasama dengan syarikat di Itali untuk membangunkan teknologi bagi menukar minyak masak terpakai kepada bahan api jet. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI