fbpx

Syaqiera Mashayikh terima dengan hati terbuka dilarang ke Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAQIERA berharap pasukan memanah Johor dapat melakukan yang terbaik untuk membawa pulang pingat pada Sukma 2022.

MESKIPUN kecewa kerana tidak berpeluang untuk membuat penampilan terakhir ke Sukan Malaysia (Sukma) namun pemanah negara, Syaqiera Mashayikh berlapang dada selepas digugurkan daripada menyertai temasya edisi ke-20 tersebut.

Syaqiera sepatutnya beraksi bersama pasukan Johor ketika saingan itu berlangsung pada 2020 di negeri selatan tanah air itu namun ditangguhkan sehingga musim 2024 disebabkan oleh penularan jangkitan Covid-19.

Atlet berusia 22 tahun itu tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian Sukma yang berlangsung 16 hingga 24 September itu di Lembah Klang tersebut atas alasan atlet itu menyertai negara ke temasya Sukan Olimpik Tokyo, Jepun tahun lalu.

“Sudah pasti saya sangat kecewa kerana sepatutnya ini adalah Sukma terakhir saya namun gara-gara Sukma Johor dibatalkan, jadi saya tak dapat untuk sertai temasya tersebut.

“Bila saya sudah menyertai Olimpik jadi peluang saya untuk ke Sukma kali ini tertutup. Itu adalah syarat yang ditetapkan kerana jawatankuasa penganjur kerana atlet yang sudah ke Sukan Olimpik tidak dibenarkan untuk sertai Sukma.

“Setahun saya pihak persatuan ada buat rayuan namun itu adalah syarat yang telah ditetapkan. Jadi, saya terpaksa akur dan terima dengan hati terbuka dengan keputusan tersebut.

“Meskipun tiada ketiadaan saya, saya harap pasukan memanah Johor dapat lakukan terbaik untuk membawa pulang pingat pada temasya Sukma 2022 ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Syaqiera ketika ini dalam momentum cemerlang apabila meraih empat pingat emas pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) selain turut membutirkan emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.

Ketika ini, Syaqiera sedang berjuang untuk kembali dalam program podium namun dengan syarat dia perlu melepasi tapisan pemilihan yang telah ditetapkan pada bulan November, Oktober dan Disember. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI