fbpx

Sukma ke-20 raih penajaan lebih RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

SUKAN Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022 yang bakal membuka tirai pada 16 September ini bakal menerima tajaan berjumlah lebih RM5 juta daripada 14 syarikat tempatan bagi menjayakan temasya edisi ke-20 tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jumlah penajaan tersebut sekali gus dapat membantu Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menganjurkan Sukma paling terbaik tahun ini.

“Meskipun kerajaan menyediakan sejumlah peruntukan untuk menganjurkan Sukma 2022, namun hasil usaha bersama rakan-rakan strategik kita dapat mengumpul penaja terutama berbentuk wang tunai, barangan dan perkhidmatan untuk menjayakan Sukma ke-20 ini.

“Jumlah keseluruhan penajaan pelbagai bentuk ini melebihi RM5 juta ringgit dan jumlah penajaan ini dapat membantu MSN untuk memberikan satu penganjuran terbaik bagi mengelolakan sukan terbesar untuk Malaysia.

“Saya yakin usaha strategik ini sentiasa diperkukuhkan dan saya ingin menyeru syarikat korporat yang lain turut sama dan bukan sahaja dalam acara sukan Malaysia tetapi membantu sama dalam sukan-sukan lain.

“Apa pun, saya menghargai usaha pihak korporat sebelum ini yang begitu banyak menyumbang kepada pembangunan sukan di Malaysia,” katanya pada Majlis Pengenalan Penaja Sukan Malaysia dan Para Sukma di Bukit Jalil semalam.

Sukma 2022 ini bakal dianjurkan di sekitar lembah klang dengan membabitkan sebanyak 426 acara dengan 31 jenis sukan bakal dipertandingkan.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yakin sukan angkat berat akan kembali ke sukan teras ekoran pencapaian cemerlang di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

“Sukan angkat telah membanggakan negara di Sukan SEA dan Sukan Komanwel, sudah pasti MSN akan pertimbangkan mereka ke sukan teras semula.

“Namun saya harap momentum pencapaian cemerlang tersebut diteruskan dan diperhebatkan. Jadi tentu kita akan beri perhatian kepada sukan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI