fbpx

Pas tidak terdesak, cuma pentingkan penyatuan ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashim (tengah) melakukan gimik perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat kali ke-61 di Guar Chempedak, Yan hari ini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

YAN – Mursyidul Am Pas menegaskan bahawa parti itu bukan dalam keadaan terdesak untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) demi mempertahankan kedudukan dalam kerajaan.

Menurut Datuk Hashim Jasin, Pas bersedia untuk bergerak solo seandainya usaha menyatukan kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) menemui jalan buntu menjelang PRU-15.

“Ya (jika terdesak) ertinya tidak boleh hidup tanpa dia (UMNO) sedangkan kita sudah sampai sehingga sekarang dari 1951. Macam-macam kita lalui, tekanan apa semua. Kami seronok, kami pakat apalah untuk MN dan lalui semua.

“Maka nak kata Pas terdesak? Pas tidak terdesak sebab kita ada tempat bergantung dengan berpandukan al-Quran, sunah dan syarak. Bila perpandukan itu kita jadi tenang, kalau kalah pun tak apa, menang lagilah,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas di Guar Chempedak di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Pas juga akan mengambil sikap untuk menjadi orang tengah dalam memulihkan hubungan UMNO dan Bersatu yang didakwa menjadi alasan utama pergolakan dalam MN itu.

“Demi perpaduan ummah, kalau ada dua golonan mukmin bergaduh hendaklah kamu damaikan. Berkaitan UMNO dengan Bersatu mungkin kita buka pintu, kita ajar dan kita tak tutup.

“Bukan semua pimpinan UMNO menolak, bukan semua. Jadi kita berharap ada sebahagiannya dibuka pintu hati mereka dan kita balik kepada agenda perpaduan ummah kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI