fbpx

OKU penglihatan teruja dapat layanan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki OKU penglihatan teruja memasuki jentera ATM semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

PETALING JAYA – Kekurangan fizikal tidak menghalang semangat seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru.

Menerusi video dimuat naik isterinya di aplikasi TikTok Nadiatul Farhana, biarpun tidak dapat melihat, lelaki tersebut kelihatan ceria lebih-lebih lagi berpeluang merasai pengalaman memasuki salah satu jentera Kementerian Pertahanan.

Berdasarkan rakaman tersebut, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu dan melayan lelaki itu malah, tindakan mereka menarik perhatian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang meninggalkan komen di situ.

“Tersentuh tengok video ini. Terima kasih ATM layan abang ini sebaik mungkin. Ini cerminan terbaik bahawa tentera dan rakyat berpisah tiada,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Nadiatul Farhana memberitahu, suaminya teruja dan gembira menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada Rabu lalu.

“Ada orang itu teruja hendak ke dataran. Dia (suami) memang minat untuk ‘lihat’ perbarisan aset dan jentera keselamatan dan pertahanan negara dengan cara mendengar bunyian.

“Kebetulan dapat peluang pegang aset tersebut. Memang dipegang dari depan ke belakang, siap dapat peluang naik lagi. Memang sukalah dia,” kata wanita tersebut yang juga seorang guru.

Dalam pada itu, Nadiatul Farhana mengucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang melayan baik suaminya.

“Terima kasih wira wirawati negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI