fbpx

Muhammad Sanusi tuju pantun buat Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (kiri) mengiringi Ismail Sabri ke pentas utama semasa Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Alor Setar hari ini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menujukan serangkap pantun buat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Pantun pada akhir ucapannya itu berbunyi dari Kedah ke Parit Sulong, menganyam rindu jarang bertemu, alangkah baik sikapmu Pak Long, ingin kami berlama-lama denganmu.

Ia kemudian mendapat tepukan daripada ribuan hadirin yang hadir sebelum Perdana Menteri menyampaikan ucapan perasmiannya.

Pantun tersebut seakan-akan membayangkan Muhammad Sanusi akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Muhammad Sanusi kemudian memuat naik hantaran pantun itu di laman Facebook rasminya.

Pantun berkenaan mendapat maklum balas daripada netizen.

“Kalau PRU (pilihan raya umum) akan datang, Pak Mail lagi boleh jaga hubungan muafakat macam ini lagi dengan negeri-negeri Pas. Tetapi dalam UMNO pun kena berjiwa sama dengan Pak Mail, bukan gila kuasa semata-mata.

“Insha-Allah ada tersirat ayat itu, semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat serta merahmati untuk PM, MB Kedah, menteri, Exco Kedah dan sahabat-sahabat negeri dalam dan luar Kedah,” ujarnya mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI