fbpx

Lima lelaki termasuk dua beradik didakwa edar 113.4kg methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima lelaki didakwa mengedar dadah sebanyak 110.5 kg dadah methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM6.62 juta di Mahkamah Majistret Tapah, hari ini. /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Lima lelaki termasuk dua beradik berhadapan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 113.4 kilogram (kg), Jumaat lalu.

Tertuduh A. Tanabalan, 31; L. Vicnesh, 30; R. Suresraj, 33; bersama dua beradik, R. Sathiswaran, 30, dan R. Sivaraj, 29, didakwa mengedar dadah disyaki methamphetamine seberat 111,326 gram (g).

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bangsal berkanvas hijau dan oren di Mukim Chenderiang dalam daerah Batang Padang, Tapah pada pukul 9.45 pagi, 26 Ogos 2022.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima mereka selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah.

Kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pada prosiding sama, Tanabalan turut didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah jenis sama seberat 2,075g di lokasi, masa dan tarikh serupa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Charan Singh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI