fbpx

Lee Tuck pilihan ‘tambahan’ buat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE TUCK kelihatan ceria sambil menunjukkan dokumen yang mengesahkan dirinya bergelar warganegara Malaysia selepas menunggu lama mendapatkan status kerakyatan.

BERAKHIRNYA penantian Lee Tuck untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia sekali gus memberi satu lagi ‘pemain simpanan’ buat pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk dipertimbangkan ke dalam skuad kebangsaan.

Memandangkan Liga Malaysia (Liga M) sudah lengkap dua sesi pendaftaran, Tuck mungkin tidak dapat bersama Sri Pahang sepanjang musim ini, namun Pan-gon sudah memberi baya­ngan untuk menguji beberapa lagi muka baharu pada siri perlawanan di Chiang Mai, Thailand pada 20 hingga 26 September ini.

Dengan kualiti yang ada pada pemain kelahiran Halifax, England itu, ia pasti menambah persaingan sihat antara pemain khususnya di posisi tengah, sekali gus menghadirkan barisan terbaik untuk dibawa ke Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) hujung tahun ini.

Bagaimanapun, ketika ini tahap kecergasan Tuck untuk kembali ke aksi kompetitif khususnya di pentas antarabangsa mungkin menjadi tanda tanya, namun siri persahabatan di Thailand mungkin boleh dijadikan pentas untuknya menarik perhatian Pan- gon.

Terdahulu, Tuck menerusi akaun Instagram miliknya turut berkongsi berita gembira de­ngan peminat bola sepak negara dan berasa bangga dapat menamatkan penantian lama untuk bergelar warganegara Malaysia.

“Hari ini secara rasmi saya boleh mengatakan saya kini bergelar rakyat Malaysia. Selepas melakukan pengorbanan dan mengharungi perjalanan yang sukar, saya begitu bersyukur kerana peluang ini tidak boleh dilepaskan.”

Menerusi ciapan sama, Tuck turut berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kerana sentiasa menyokongnya dalam melengkapkan proses mendapatkan status kewarganegaraan.

Setakat ini, Malaysia memiliki tiga pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula, ke­semuanya sudah menyarung jersi kebangsaan dalam beberapa perlawanan antarabangsa.

Bagaimanapun, status seorang lagi pemain, Sergio Aguero yang dikatakan sedang melengkapkan proses untuk mendapatkan kewarganegaraan masih belum dapat dipastikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI