fbpx

KKM nafi aniaya pengusaha vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan serbuan dilakukan terhadap premis menjual vape di Lembah Klang pada bulan lalu sebagai satu penganiayaan serta menindas para peniaga terlibat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, serbuan yang dilaksanakan oleh KKM mempunyai tujuan tertentu, namun bukan untuk menganiaya mana-mana pihak.

“KKM tidak menindas sesiapa, kita nak jaga rakyat. Jadi tindakan serbuan dan rampasan yang dibuat pasti ada sebabnya tersendiri berdasarkan peraturan dan undang-undang sepatutnya.

“Bagaimanapun, kita akan buat siasatan lanjut terhadap perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan Pertolongan Cemas Dan Penggunaan Alat Automated External Defobrillator (AED) di Zoo Taiping di sini hari ini.

Mengulas berkenaan akta vape, beliau menegaskan ia akan dibentangkan di Parlimen serta akan dibahaskan pada sesi yang akan datang.

“Bagaimanapun, pihak KKM masih membuat pemantauan iaitu peraturan mengenai tembakau iaitu kawasan yang boleh merokok dan sebaliknya.

“Berkenaan vape, setakat hari ini belum ada undang-undang yang mengawalnya. Sebab itu kerajaan akan mewujudkan akta khas berkenaan dengannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI