fbpx

Keluarga mahu hukuman setimpal ke atas pelaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hizanawati (dua kiri) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci tragedi yang menimpa anaknya, Allahyarham Muhammad Damin.

KUALA SELANGOR – Keluarga pelajar tingkatan empat yang maut dalam kebakaran di tandas terbiar di Puncak Alam Fasa 3 di sini, mahu dua pelaku menerima hukuman setimpal atas perbuatan mereka sekiranya didapati bersalah kelak.

Ibu mangsa, Hizanawati Abu Bakar, 48, menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci tragedi yang menimpa Allahyarham Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16.

Menurut pemandu e-hailing itu, keluarga tidak mahu menganggu tugas pihak berkuasa dan akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan kes itu diselesaikan segera.

“Jika didapati bersalah, hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap si pelaku sebagai pengajaran supaya kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa depan.

“Saya tidak mahu orang lain turut menjadi mangsa gurauan yang mengundang maut seperti menimpa arwah Muhammad Damin,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini, hari ini.

Terdahulu, ibu kepada enam anak itu menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga itu.

Kosmo sebelum ini melaporkan keluarga menyifatkan gurauan dua rakan kepada mangsa sebagai keterlaluan sehingga meragut nyawa.

Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 2.38 petang, 28 Ogos lalu apabila Muhammad Damin Mikhail ditemui dengan kesan melecur di dalam tandas berkenaan.

Hizanawati mempersoalkan tindakan dua remaja itu yang seolah-olah menganggap nyawa anaknya seperti tidak berharga selepas dikatakan bergurau dengan bermain api.

Kedua-dua mereka berusia 15 dan 16 tahun itu ditahan polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, jelas Hizanawati, dia masih belum bersedia untuk memaafkan perbuatan pelaku kerana kejadian baru enam hari berlalu.

“Saya sehingga kini masih terkilan dengan tindakan pelaku yang menyalakan api di tandas awam tersebut.

“Tragedi itu masih lagi baharu berlaku dan hati saya belum terbuka untuk memaafkan mereka,” ujarnya.

Tambah beliau, biarpun kepenatan, dia bersyukur banyak pihak terutama penduduk setempat hadir menziarahi sehingga ke hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI