fbpx

Kayuhan basikal semarak rasa cinta negara pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian guru dan pelajar SK Subang Bestari 2 merakam kenangan di mercu tanda Elmina pada Program Kayuhan Merdeka baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bagi menye­mai semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar, Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari 2 menjayakan Program Kayuhan Merdeka membabitkan 50 pelajar baru-baru ini.

Program dengan kolaborasi SK Taman Bukit Subang itu sempena Sambutan Kemerdekaan ke-65.

Menerusi program berkenaan, guru, pelajar dan kakitangan sekolah mengayuh basikal sejauh lima kilometer.

Penyelaras Program, Dasuki Mohamed berkata, rancangan membuat kayuhan kolaborasi antara sekolah ini telah lama dirancang dalam usaha meng­eratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah.

Katanya, program itu akan menjadi satu pengalaman bermakna buat pelajar di kedua-dua buah sekolah.

“Sepanjang perjalanan dari SK Taman Bukit Subang ke SK Taman Bukit Subang peserta kayuhan diiringi polis bantuan bagi memastikan keselamatan.

“Bagi menyemarakkan sam­butan, lagu bertemakan Hari Kebangsaan didendangkan sekali gus berjaya menarik perhatian orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Dasuki memberitahu, pihaknya merancang untuk menjadikan program ber­kenaan acara tahunan bagi menambahkan keceriaan pelajar me­nyambut kemerdekaan bersama rakan mereka dari sekolah lain.

“Kolaborasi ini bukan sahaja baik untuk guru tetapi pelajar dengan pengisian bermaksa dalam mengingati perjuangan pejuang negara terdahulu.

“Pelajar juga dapat mencipta persahabatan dengan rakan lain demi kelangsungan pendidikan mereka dan pihak sekolah bercadang untuk mewujudkan kolaborasi dengan sekolah lain tahun depan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI