fbpx

Kapal kargo bijirin Ukraine terkandas di Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal Lady Zehma milik Ukraine terkandas di Istanbul. - Direktorat General Keselamatan Pantai Turki

ANKARA – Sebuah kapal kargo membawa kira-kira 3,307 tan jagung dari Ukraine terkandas di Istanbul, Turkiye semalam dalam kemalangan pertama selepas  perjanjian eksport tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dimeterai Julai lalu, lapor laman berita Wion News semalam. 

Kapal Lady Zehma sepanjang 173 meter itu terkandas berikutan kegagalan kemudi pada pukul 9 malam (waktu tempatan), demikian menurut pejabat gabenor Istanbul dan sebuah syarikat perkapalan.

Menurutnya, tiada siapa cedera dan pasukan Pengawal Pantai memberikan tindak balas terhadap insiden tersebut.

Beberapa saksi berkata, haluan kapal itu berada sekitar 150 meter dari pantai di kawasan kejiranan Bebek.

Berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan sekatan ke atas pelabuhan-pelabuhan di Laut Hitam, eksport bijirin Kiev menjunam menyebabkan harga makanan di seluruh dunia melonjak.

Perjanjian yang dirundingkan oleh PBB dan Ankara dan ditandatangani pada 22 Julai oleh Moscow dan Kiev itu membuka sekatan ke atas tiga pelabuhan.

Kapal itu terkandas semasa laluannya dari selat dan operasi menggunakan bot tunda sedang dijalankan, demikian menurut polis Turkiye dan Pusat Penyelarasan Bersama (JCC) yang berpangkalan di Istanbul.

Lady Zehma diberi kebenaran awal minggu ini untuk belayar dari pelabuhan di bandar Chornomorsk, Ukraine menuju ke Ravenna di Itali dengan membawa muatan lebih 3,000 tan jagung, kata JCC. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI