fbpx

Jemaah penuh tiap kali solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA jemaah yang memenuhi Masjid Taman Temerloh Jaya setiap kali solat subuh di Temerloh.

TEMERLOH – Kekurangan jemaah ketika solat subuh menjadi antara cabaran dalam usaha memakmurkan institusi masjid di seluruh negara.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjadi masalah bagi Masjid Taman Temerloh Jaya di sini yang merekodkan kehadiran jemaah ‘luar biasa’ setiap kali solat subuh.

Kehadiran jemaah daripada pelbagai peringkat umur itu me­nyaksikan saf masjid berkenaan penuh setiap kali solat subuh.

Ketua Bahagian Komunikasi Masjid Temerloh Jaya, Saiful Afandi Ismail berkata, setiap kali solat subuh kira-kira 500 jemaah direkodkan di masjid berkenaan.

“Sebenarnya kehadiran jemaah yang ramai ini bermula dari tahun 2019 susulan program menggalakkan jemaah solat su­buh dilaksanakan.

“Alhamdulillah sehingga kini momentum kehadiran jemaah adalah berterusan dan Masjid Taman Temerloh Jaya kini menjadi penanda aras kepada masjid lain,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kejayaan itu menyebabkan ramai pihak khusus­nya masjid lain dari seluruh negara mengadakan kunjungan bagi melihat sendiri dan mempelajari kaedah yang dilaksanakan Masjid Taman Temerloh Jaya.

Katanya, setakat ini antara masjid luar yang paling banyak mengadakan lawatan ke Masjid Taman Temerloh Jaya ialah dari Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor.

Seorang jemaah, Azam Aziz, 53, berkata, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk berjemaah subuh di masjid berkenaan sejak hampir 10 tahun lalu.

Katanya, kehadiran ramai jemaah menyebabkan sema­ngatnya untuk turut sama berjemaah begitu kuat, sekali gus memenuhkan saf solat di masjid berkenaan.

“Bagaikan satu aura yang membuatkan kita bangun untuk berjemaah subuh, malah bagaikan rasa tidak kena jika saya tidak dapat solat jemaah di masjid berkenaan.

“Seingatnya saya hanya enam kali tidak hadir berjemaah subuh disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan seperti demam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI