fbpx

Jaya Grocer, Farm Fresh galak beli susu segar dalam botol kaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adelene Foo (kiri) bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee menunjukkan botol susu segar sempena pelancaran kempen baharu di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Farm Fresh Berhad (Farm Fresh) sedang meningkatkan usaha kelestarian dengan menggalakkan pengguna membeli susu segar dalam botol kaca yang boleh dipulangkan dan boleh digunakan semula.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loi Tuan Ee berkata, inisiatif ini dilaksanakan melalui projek Milk on Tap @ Jaya Grocer dengan kerjasama eksklusif bersama Jaya Grocer.

Melalui program tersebut, pengguna di Jaya Grocer 163 Retail Park, Mont Kiara boleh mendapatkan susu segar yang disalurkan ke dalam botol kaca Farm Fresh pada harga yang sama iaitu RM7.90 seliter dengan hanya bayaran RM3 sekali untuk setiap botol kosong.

Mereka boleh memulangkan botol pada pembelian seterusnya sebagai pertukaran dengan botol yang baharu diisi.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo berkata, pihaknya berharap pelanggan akan menggunakan pilihan mesra alam ini sepenuhnya dan membantu mengurangkan penggunaan plastik.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Farm Fresh dalam inisiatif yang berbaloi ini kerana kami berkongsi kebimbangan yang sama terhadap kemampanan. Kami percaya pelanggan kami turut prihatin dengan percambahan plastik sekali-guna,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran inisiatif tersebut di sini semalam.

Jaya Grocer akan mempertimbangkan untuk memperluaskan perkhidmatan ini kepada pelanggan di cawangan Jaya Grocer yang lain kelak, bergantung kepada kejayaan projek perintis ini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI