fbpx

Dua lelaki samun, curi 4 kotak rokok dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas selepas hanya berjaya mencuri empat kotak rokok ketika melakukan samun di kedai Serbaneka 7 Eleven, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Dua lelaki hanya berjaya mencuri empat buah kotak rokok di kedai serbaneka, Bandar Tenggara, di sini semalam sebelum dicekup polis 10 jam selepas jenayah itu dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian samun melibatkan dua suspek lelaki itu pada pukul 11.37 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 12.50 pagi selepas suspek memasuki premis dengan dimana salah seorang saspek memakai kain warna kelabu menutup mukanya dan seorang lagi saspek memakai helmet warna hitam jenama SGV.

“Kedua-dua suspek bertindak masuk ke bahagian kaunter dan cuba membuka peti wang namun tidak berjaya. Setelah itu kedua-dua suspek telah mengambil empat kotak rokok jenama Dunhill Classic dan terus melarikan diri.

“Premis perniagaan 7 Eleven mengalami kerugian RM70 manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bertindak atas maklumat, diantara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat daerah (IPD) Kota Tinggi telah berjaya melakukan tangkapan dan rampasan ke atas kedua-dua suspek di kawasan daerah Kota Tinggi dan Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia 20-an ditahan reman selama lima hari bermula 2 hingga 6 September ini.

Menurutnya kes disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman dengan penjara sehingga 20 tahun serta sebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI