PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh negeri malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
“Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena dan dan Pendang. Perak pula melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
“Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang, manakala Terengganu di Kemaman,” kata MetMalaysia sebentar tadi.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka turut berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.
Kata MetMalaysia lagi, Sarawak pula diramalkan di Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri.
“Sabah di Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Pitas),” kata kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE