fbpx

Berlian ‘pink’ 11.15 karat dijangka catat harga lebih RM94 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dikeluarkan Sotheby's menunjukkan berlian Williamson Pink Star 11.15 karat (2.23 gram) menjelang lelongan lot tunggalnya pada 5 Oktober 2022 di Hong Kong. - AFP

NEW YORK – Sebutir berlian merah jambu yang digambarkan kedua terbesar pernah ditemui, dijangka mencatatkan harga lebih AS$21 juta (RM94.16 juta) apabila dilelong di Hong Kong pada Oktober ini, lapor laman berita Wion News semalam. 

Firma lelongan Sotheby’s percaya bahawa berlian itu mempunyai potensi untuk mencatatkan harga tertinggi bagi kategori berlian merah jambu.

Permata berbentuk kusyen seberat 11.15 karat (2.23 gram) dinamakan ‘Williamson Pink Star’ sebagai penghormatan kepada dua berlian merah jambu lain.

Salah satunya ialah ‘CTF Pink Star’ yang dijual pada harga AS$71.2 juta (RM319.3 juta) dalam satu lelongan pada 2017. 

Sebutir lagi batu ‘Willamson’ iaitu berlian 23.60 karat (4.72 gram) dihadiahkan kepada monarki Britain, Ratu Elizabeth sebagai hadiah perkahwinan oleh ahli geologi Kanada, John Thorburn Williamson.

Ratu Elizabeth menggayakannya pada kerongsang Cartier. Berlian itu ditemui di lombong milik Thorburn di Mwadui, Tanzania. ‘Williamson Pink Star’ juga berasal dari lombong itu.

“Berlian merah jambu sangat jarang ditemui.

“Faktor tambahan seperti lebih daripada 10 karat, tanpa cela dalaman dan Jenis IIA (subkumpulan berlian yang paling tulen dari sudut kimia) menjadikannya lebih berharga,” kata ketua barang kemas Sotheby’s, Kristian Spofforth. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI