fbpx

Amrani bakal sumbang hasil positif kepada Gramp’s Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mhamad Reza (kanan) bersama Adi Putra (kiri) pada majlis pelancaran Amrani di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Uniq Manufacturing Sdn. Bhd. (Uniq Manufacturing) yang terkenal dengan produk keperluan rumah dan dihasilkan daripada bahan se­mula jadi di bawah jenama Gramp’s Asia, kini melangkah satu lagi cabang perniagaan baharu yang memfokuskan kepada rangkaian produk campuran minyak pati.

Lebih menarik, syarikat telah bekerjasama dengan aktor terkenal, Datuk Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra untuk melancarkan produk terbaharu iaitu Amrani di bawah cabang perniagaan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Uniq Manufacturing, Mohamad Reza Fikry Nor Rezan berkata, melalui produk baharu tersebut, syarikat optimis untuk mencatat jualan yang baik dan bakal menyumbang hasil positif kepada kumpulan.

Pada fasa awal ini, sebanyak 1,500 produk Amrani tersedia di pasaran dan sehingga kini lebih daripada separuh produk telah ditempah pelanggan khususnya secara online.

“Kami telah menjalankan kajian dan pembangunan selama setahun setengah untuk menghasilkan produk Amrani dan ia adalah antara rangkaian campuran minyak pati berkualiti tinggi hasil inovasi menggunakan bahan semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Amrani di sini baru-baru ini.

Mohamad Reza menerangkan, untuk perancangan masa depan, syarikat bakal melancarkan tiga lagi produk baharu di bawah cabang perniagaan baharu ter­sebut.

Mengulas lanjut, Amrani yang ditawarkan dalam tiga jenis campuran iaitu Prince Hadi, Zara Adelia dan lull Vendi membantu menyumbang kepada tahap kesihatan dalaman, mental dan fizikal hanya dengan dua hingga tiga titits minyak pati dalam alat pembakar atau dititiskan kepada alat penguap. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI