fbpx

Amaran cuaca buruk di KL petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kuala Lumpur dan sejumlah kawasan di kebanyakan negeri diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri yang dijangka mengalami cuaca buruk petang ini adalah Pulau Pinang.

“Kedah iaitu di Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Perak di Kerian, Hulu Perak, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Kelantan di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu di Besut, Hulu Terengganu dan Dungun,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, bagi Pahang, cuaca buruk diramalkan berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong.

Selangor pula diramalkan di Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak, manakala Johor di Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sarawak di (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. Sabah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI