fbpx

Aliran trafik ke Pantai Timur mulai sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak sebentar tadi. /FOTO FACEBOOK LPT

PETALING JAYA – Aliran trafik menghala Pantai Timur dilaporkan sesak selepas orang ramai mula pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu serta cuti persekolahan yang bermula esok.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), trafik sesak kira-kira 11 kilometer (km) bermula dari KM 25.2 sehingga ke KM 36.2 arah Kuantan (Gombak ke Genting Sempah) berikutan terdapat kenderaan rosak di lorong kiri.

“Trafik turut dilaporkan sesak kira-kira 2.1 km sebelum Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur (KL) dan bercantum dengan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berikutan pertambahan kenderaan menuju ke KL.

“Di LPT 1 pula, trafik dilaporkan sesak 4.6 km dari KM 110.7 hingga KM 106.1 arah barat berikutan terdapat kerja-kerja penyelenggaraan dilokasi,” kata LPT.

Jelas LPT lagi, kesabaran anda amat dihargai dan rehat jika perlu termasuk utamakan keselamatan di jalan raya serta pandulah secara berhemat. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI