fbpx

Yoon Eun-hye menangis kecewa dengan diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOON EUN-HYE

PENYANYI dan pelakon Yoon Eun-hye baru-baru ini meluahkan perasaannya menerusi sebuah video interaktif dalam saluran YouTubenya.

Apa yang mengejutkan peminat, dia mendedahkan dirinya kini kerap menangis lebih-lebih lagi apabila mendengar banyak lagu-lagu berunsur ketuhanan.

“Saya banyak mendengar lagu ketuhanan kini kerana melalui masa yang sukar. Saya pun tak tahu apa berlaku pada diri saya sekarang,” katanya.

Pada masa sama, dia bersyukur kerana melalui pelbagai perkara bermakna sejak kebelakangan ini lantas banyak bermuhasabah kerana berasa kecewa dengan diri sendiri.

“Saya banyak menangis. Kalau menangis, mesti akan lama sampai berjam-jam. Kadang empat atau lima jam,” katanya.

Kongsi bekas ahli Baby V.O.X itu lagi, apabila menangis, bahagian bawah matanya membengkak dan menyebabkan ramai yang tertanya-tanya.

“Harap Eun-hye okey sahaja. Jangan buat kami risau,” pesan salah seorang peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN