MNGGU lalu, perhatian Mizz Lahar tertancap pada sebuah hantaran Instagram Wawa Zainal yang berkongsi sambutan majlis hari lahir dua anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Memang meriah, namun lain pula yang terjadi dalam bahagian komen apabila ramai menegur watak kartun yang dijadikan tema untuk majlis tersebut tidak sesuai.
Menurut mereka, kartun Huggy Wuggy merupakan watak pembunuh dan sangat menakutkan.
“Wawa tolong jangan promosikan kartun ini. Seram dan menakutkan untuk kanak-kanak,” tegur netizen.
“Kartun ini ‘diharamkan’ untuk kanak-kanak. Tolong awasi dengan setiap pengisian cerita kartun tersebut,” ujar seorang wanita.
Nampaknya, ramai yang risaukan anak Wawa. Iyalah, takut terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Cuma mungkin Wawa sedar mengenai hal tersebut dan tahu apa yang dilakukan untuk anak-anaknya. Sebagai ibu pasti dia sentiasa melakukan yang terbaik mengawasi setiap perilaku anak-anak.
MIZZ LAHAR: Bangga melihat banyak filem tempatan akan melebarkan sayap ke negara luar. Syabas Malaysia!