fbpx

Taikun Taiwan akan latih tiga juta ‘pahlawan rakyat’ hadapi ancaman China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERT TSAO (tengah) memakai topi keledar taktikal dan jaket kalis peluru semasa sidang akhbar di Parlimen di Taipei hari ini. - AFP

TAIPEI – Seorang taikun Taiwan mendedahkan rancangan untuk melatih lebih tiga juta ‘pahlawan rakyat’ bagi membantu mempertahankan pulau demokrasi itu sekiranya pencerobohan China belaku dengan mendermakan TW$1 billion (RM148 juta) wangnya sendiri.

Robert Tsao, 75, merupakan antara ahli perniagaan Taiwan yang paling berjaya dan juga pengasas pengeluar mikrocip, United Microelectronics Corp (UMC). 

Beliau semakin lantang mengkritik Beijing, manakala derma berkenaan dibuat selepas tentera China mempamerkan kekuatan sebagai membantah kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Taipei bulan lalu.

Taiwan berdepan ancaman berulang daripada China yang menyatakan bahawa pulau pemerintahan sendiri itu adalah sebahagian daripada wilayahnya. Beijing memberi amaran akan merampas pulau berkenaan secara ketenteraan suatu hari nanti sekiranya perlu.

Selama seminggu selepas lawatan Pelosi, China mengerahkan sejumlah kapal perang, peluru berpandu dan jet pejuang ke perairan dan ruang udara sekitar Taiwan dalam latihan tentera paling agresif sejak pertengahan tahun 1990-an.

Robert yang memakai pakaian kalis peluru semasa membuat pengumuman itu, memberi amaran bahawa adalah menjadi pembunuhan beramai-ramai dengan niat, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan sekiranya China menggunakan tentera terhadap Taiwan.

Taikun itu berkata, beliau akan menyumbang TW$600 juta (RM88 juta) untuk melatih ‘pahlawan beruang hitam’ itu dalam tempoh tiga tahun akan datang di mana mereka berkerjasama dengan pihak tentera.

Sebanyak TW$400 juta (RM58 juta) lagi akan digunakan untuk melatih penembak tepat.

Taiwan hanya memiliki 88,000 anggota tentera berbanding satu juta askar China, demikian menurut anggaran Pentagon.

Khidmat tentera untuk lelaki Taiwan kini cuma empat bulan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI