fbpx

Suami isteri maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dinaiki suami isteri yang maut selepas terbabas di Kilometer 292.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Kampar tengah malam tadi. - FOTO/IHSAN PDRM

KAMPAR – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 292.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini tengah malam tadi.

Kejadian sekitar pukul 12 tengah malam itu mengorbankan, Hooi Lai Kwean, 53, di tempat kejadian, manakala suaminya, Tsia Kwai Weng, 51, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan lanjut.

Kwai Weng bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HRPB.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki suami isteri yang beralamat di Puncak Tambun Indah, Ipoh.

“Pemandu kereta yang cedera parah telah dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut manakala isterinya yang disahkan maut di tempat kejadian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar.

“Lelaki itu bagaimanapun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan HRPB pada pukul 5.40 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bedah siasat terhadap mayat suami isteri itu akan dijalankan pagi ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI