fbpx

Peluru artileri AS semakin susut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Ukraine dengan howitzer buatan AS di wilayah Kharkiv pada musim panas ini. - SHUTTERSTOCK

WASHINGTON – Bekalan peluru artileri di pangkalan-pangkalan  tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan susut pada tahap membimbangkan selepas Washington tidak berhenti menghantar senjata dan peluru kepada Ukraine bagi memerangi askar Russia, lapor laman berita RT kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh beberapa pegawai tentera yang dirahsiakan identiti mereka  kepada akhbar Wall Street Journal.

Sebagai tambahan kepada beribu-ribu senjata api, dron, peluru berpandu, platform artileri dan pelancar roket, Washington juga  membekalkan Kiev dengan sejumlah besar peluru meriam, termasuk sehingga 806,000 butir peluru meriam howitzer 155 milimeter. 

Stok peluru yang ada dalam simpanan Washington berkurangan dengan ketara, kata seorang pegawai Pentagon yang tidak disebutkan namanya.

“Bekalan senjata kini berada pada tahap yang sangat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan.

“Kekurangan ini  belum mencapai tahap kritikal tetapi itu hanya kerana AS buat masa ini tidak terlibat secara langsung dalam sebarang konflik besar,” jelas pegawai itu.

Kekurangan bekalan telah mendorong Tentera Darat AS melaksanakan inisiatif sendiri untuk mengekalkan bekalannya sendiri di samping menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa kepada tentera Ukraine. 

AS telah membelanjakan hampir AS$14 bilion (RM62 bilion) dalam bekalan persenjataan secara langsung kepada Kiev pada tahun ini sahaja.

Menurut laporan sama, kekurangan stok senjata  yang berlaku bukan disebabkan oleh kekurangan dana memandangkan  Presiden Joe Biden telah meluluskan bajet ketenteraan  sebanyak AS$773 bilion (RM3.4 trilion).

Menurut pegawai-pegawai industri pertahanan, pembekal senjata biasanya mengambil masa sehingga 18 bulan untuk mengeluarkan peluru baharu daripada  masa pesanan dibuat, manakala bagi senjata  lebih canggih, seperti peluru berpandu memerlukan  masa lebih lama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI