fbpx

Manchester United pertaruhkan ketajaman Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) berkemungkinan besar diturunkan dalam kesebelasan utama United menentang Leicester di Stadium King Power awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memberi gambaran mungkin menurunkan Cristiano Ro­naldo dalam kesebelasan utama ­menjelang aksi Liga Perdana ­Inggeris (EPL) menentang Leicester City di Stadium King Power awal pagi esok.

Meskipun banyak spekulasi tercetus berhubung masa depan kapten Portugal itu, namun Ten Hag didakwa enggan melepaskan Ronaldo biarpun banyak laporan mendakwa dia terdesak untuk meninggalkan United.

Begitupun, Ronaldo dijangka kembali berada dalam kesebelasan utama awal pagi esok untuk mendapatkan stamina perlawanan sebelum United berdepan tugas sukar menentang Arsenal pada Ahad ini.

“Tidak ada seorang pemain pun yang diberi jaminan untuk berada dalam kesebelasan utama dan mereka tahu mengenai perkara ini. Tidak kira sama ada mereka berusia 19 atau 29 tahun, sesiapa yang cemerlang akan diberikan peluang.

“Memandangkan kami akan berdepan jadual padat selepas ini, jadi saya perlukan lebih ba­nyak pilihan di bahagian serangan. Semua pemain ada peluang kerana perjalanan musim ini masih panjang,” kata Ten Hag.

The Red Devils berada pada kondisi terbaik untuk pertemuan menentang Leicester apabila menang dua perlawanan terakhir selepas memulakan kempen musim ini dengan penuh hambar.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada pemain sayap baharu dari Ajax, Antony dapat diturunkan ataupun tidak menentang The Foxes kerana baru sahaja menyelesaikan urusan perpindahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI