fbpx

Kerajaan kaji bina pelabuhan baharu di Sanglang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa di Pulau Bunting, Yan di sini hari ini. - FOTO: SHAHIR NOORDIN

YAN – Kerajaan Pusat sedang mengkaji pembinaan sebuah pelabuhan agregat di kawasan Sanglang dalam daerah Kubang Pasu dekat sini bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal selain laluan penghubung jambatan darat atau land bridge antara selatan Thailand dan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya projek itu menjadi realiti, ia akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi negeri Kedah.

“Ia juga mampu meningkatkan keyakinan pelabur menanam modal di negeri ini dan juga wilayah utara amnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Pengerusi Kumpulan MMC, Tan Sri Tajudin Atan dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd., Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, selain pembangunan Pulau Bunting, kerajaan negeri juga menerima cadangan daripada Kumpulan Albukhary untuk memajukan sebuah pelabuhan laut dalam di Sanglang yang yang bersempadan dengan Perlis.

“Satu projek ‘land-bridge’ akan dibina ke Songkhla, Thailand yang akan menyingkatkan jarak dan masa perjalanan antara Selat Melaka di Timur dengan Teluk Siam di Barat.

“Sesungguhnya cadangan ini adalah amat strategik dan bakal menjadi projek ikonik yang bakal memberi impak besar kepada ekonomi negara,” katanya.

Kata Muhammad Sanusi, pihaknya amat mengharapkan sokongan dan kerjasama penuh kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan cadangan itu sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd., Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, hasil kajian pihaknya mendapati Sanglang amat sesuai untuk dibangunkan sebagai sebuah pelabuhan baharu.

“Kami yakin pelabuhan ini mempunyai potensi yang tinggi dalam meningkatkan hubungan logistik antarabangsa. Perkara ini turut termasuk dalam komitmen pelaburan kami di Kedah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI