fbpx

Ibu maut, anak cedera motosikal dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut dalam kemalangan itu.

KUALA SELANGOR – Perjalanan seorang wanita untuk berniaga burger bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Bagan Pasir, Tanjong Karang di sini, semalam.

Kejadian pukul 5.20 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun membonceng motosikal Honda 125 ditunggang anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, ketika kejadian wanita dan lelaki berusia 20 tahun itu datang dari Tanjong Karang menuju ke Bagan Pasir.

“Sewaktu melalui jalan berselekoh, motosikal itu gagal mengelak dan melanggar Honda 97 yang dipercayai secara tiba-tiba keluar simpang.

“Keadaan itu menyebabkan dua beranak itu kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan dan dilanggar sebuah lori,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Anak wanita itu dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menunggang Honda 97 cedera ringan.

“Manakala, pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambah Ramli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI