fbpx

Beri alasan penat main futsal, berkhalwat di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa JAIM menyoal siasat pasangan pelajar IPTA yang dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang pemuda memberikan alasan penat bermain futsal ketika dicekup berkhalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Bukit Beruang di sini dalam serbuan Ambang Merdeka, semalam.

Pasangan masing-masing berusia 19 tahun itu yang juga merupakan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan hubungan mahram atau suami isteri.

“Hasil soal siasat, pemuda itu memberikan alasan dia menginap di hotel itu selepas penat bermain futsal sambil menemani kekasihnya menyelesaikan tugasan universiti.

“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada pakaian sukan ditemui di dalam beg pakaiannya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, dalam serbuan kedua di sebuah hotel bajet di Bachang, sepasang lagi kekasih ditahan kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Pasangan kekasih iaitu berusia 25 dan 22 tahun itu memberitahu mereka hanya berehat di hotel tersebut kerana penat dan tidak larat untuk pulang ke rumah dan semakan lanjut mendapati lelaki tersebut hanya tinggal di sekitar Cheng, manakala teman wanitanya menetap di Jasin,” katanya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan dan dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI