fbpx

Azeem Fahmi bangga ketuai bacaan ikrar Rukun Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (kanan) mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara sambil diiringi seramai 65 orang Keluarga Malaysia yang mewakili pelbagai kaum di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam. – PENERANGAN

PEMEGANG rekod 100 meter (m) kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi teruja selepas memimpin bacaan ikrar Rukun Negara pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Bintang pecut muda berusia 18 tahun itu kelihatan segak menggayakan songket dan bertanjak sambil ditemani 65 pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada acara berkenaan.

“Ini satu pencapaian besar dan penghormatan buat saya untuk memimpin semua orang bagi bacaan ikrar hari ini (semalam). Alhamdulillah banyak lagi (kejayaan) selepas ini,” kata Azeem.

Ia sememangnya satu pencapaian bersejarah buat atlet dari Ipoh, Perak itu yang sebelum ini menggegarkan arena olahraga dengan prestasi menakjubkan pada Kejohanan Olahraga Re­maja Dunia 2022 di Calo, Colombia awal bulan lalu.

Azeem merekodkan catatan hebat 10.09 saat (s) di pusingan pertama kejohanan itu untuk memecahkan rekod 100m kebangsaan, 10.18s yang sebelum ini dilakukan oleh Khairul Hafiz Jantan sewaktu Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.

Dia kemudiannya menca­tat 10.19s di separuh akhir dan 10.14s untuk menamatkan final di tempat kelima di belakang Letsile Tebogo (Botswana, 9.91s), Bouwahjgie Nkrumie (Jamaica, 10.02s), Benjamin Richardson (Afrika Selatan, 10.12s) dan Puripol Boonson (Thailand, 10.12s).

Prestasi semasa ditunjukkan itu memberi gambaran jelas Azeem berpotensi untuk bergelar raja pecut Sukma 2022 di Kuala Lumpur yang akan membuka tirainya pada 16 September ini.

Antara pencabar utama Azeem ialah pemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2019, Muhammad Haiqal Hanafi, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Muhammad Arsyad Md. Saat yang berjaya melayakkan diri ke final Sukan SEA Hanoi 2021 pada Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI