fbpx

ASEA perkukuh jualan di pasaran Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORTON (dua dari kanan) menunjukkan produk keluaran syarikat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Peneraju kesihatan global dalam teknologi redoks, ASEA meraih pertumbuhan pantas jualan bagi produk keluarannya di pasaran Malaysia dan Singapura.

Pengasas dan juga merangkap Pengerusi, Tyler Norton berkata, syarikatnya terus berkembang dan tidak pernah mundur walaupun berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Dalam tempoh tiga tahun lepas sejak prapelancaran produk ini kami telah menca­tatkan jualan sebanyak AS$60 (RM268 juta) di Singapura dan Malaysia.

“Malah jualan tahun lalu bagi Malaysia dan Singapura mewakili kira-kira AS$27 juta (RM120 juta) daripada jumlah simpanan kami,” katanya dalam sesi ramah mesra bersama media di sini baru-baru ini.

Norton menjelaskan, angka itu amat penting bagi syarikat untuk melihat sejauh mana jualan ASEA di Malaysia akan terus berkembang.

Pada tahun lalu, ASEA berada pada kedudukan 46 daripada 100 syarikat di seluruh dunia yang mencatatkan jualan yang baik di bawah persatuan jualan langsung.

Malaysia sendiri berada pada kedudukan ketujuh terbesar dalam jualan langsung di seluruh dunia.

Selain itu, Norton berkata, kejayaan itu dicapai kerana keunikan produk ASEA itu sendiri dalam teknologi isyarat redoks. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI