fbpx

‘Arwah belum mampu beli kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Muhammad Suti (kanan) bersama Siti Jamaliah dan Nurfatihah Jannah sebelum mereka maut dalam nahas ngeri.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang meninggal dunia bersama isteri dan dua anaknya dalam kemalangan ngeri kelmarin sempat berpesan hendak menziarahi kubur arwah ibu ketika berkunjung ke rumah kakaknya di Bukit Rambai, Melaka baru-baru ini.

Hasanah Yahaya, 49, berkata, dia tidak menyangka ia merupakan yang terakhir diucapkan arwah adiknya, Muhammad Suti sebelum meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan di Kampung Semanggar Dalam di sini.

Katanya, arwah berhasrat untuk menziarahi kubur ibu mereka dalam tempoh terdekat. Ibu mereka meninggal dunia pada tahun lalu.

“Saya kata boleh datang bila-bila sebab rumah sentiasa ter­buka untuknya. Boleh datang ziarah ibu untuk sedekahkan bacaan Yasin supaya jadi anak soleh untuk arwah.

“Tetapi tak sangka pula umurnya tak panjang dan itu menjadi pertemuan terakhir kami. Ketika itu dia sempat tidur tiga malam sebelum pulang ke Kota Tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

BEGINILAH keadaan di kawasan kemalangan selepas motosikal dinaiki empat beranak merempuh sebuah treler di Kota Tinggi kelmarin.

Dalam kejadian 1.20 petang itu, Muhammad Suti yang me­nunggang motosikal jenis Yamaha­ LC135 meninggal dunia bersama isteri, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta dua anak mereka,

Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5 dan Nurfatihah Jannah sembilan selepas bertembung dengan sebuah treler.

Kemalangan berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa dari Kota Tinggi ke Kampung Se­manggar Dalam gagal dikawal semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan.

Menurut Hasanah, ketika itu, arwah tidak sempat ziarah kubur ibu bersama-sama kerana mahu ke Negeri Sembilan untuk bertemu rakannya dan hanya pergi berasingan selepas itu.

Tambahnya, Allahyarham merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik dan sangat rapat dengannya selain paling peramah antara mereka.

“Arwah adik bekerja di kedai perkakasan dan tinggal di rumah yang disediakan majikan. Saya pernah nasihat dia supaya membeli kereta tetapi dia kata duit belum ada dan tak mampu,” katanya.

Sementara itu, ibu Siti Jamaliah, Rosni sintingan, 53, berkata, dia mendapat maklumat keja­dian itu kira-kira pukul 3 petang selepas anak buahnya terlihat gambar kemalangan yang me­nimpa

anak cucunya itu di Face­book sebelum ada orang lain yang menghubunginya.

“Kali terakhir kami berjumpa dua hari sebelum nahas ketika mereka datang ke Negeri Sembilan. Tiada pula kelakuan pelik cuma dia cakap ‘mak nak balik’ dan kami bersalaman tetapi dia tidak mahu cium,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI