PETALING JAYA – Cuaca buruk meliputi ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda sembilan negeri di Semananjung petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan keadaan itu dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang nanti.
“Ia melibatkan keseluruhan kawasan Perlis dan beberapa di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling.
“Perak hanya tertumpu di Hulu Perak sementara Kelantan melibatkan Jeli dan Kuala Krai,” katanya hari ini.
Bagi Terengganu, cuaca buruk diramalkan melanda Hulu Terengganu dan Dungun, manakala di Pahang hanya melibatkan Bentong.
Turut terlibat iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor serta seluruh Kuala Lumpur.
“Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, manakala Johor melibatkan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE