fbpx

Struktur tambahan rumah tanpa kelulusan bakal diroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASRI Razali turun padang melihat antara rumah yang terjejas dalam kejadian runtuhan tebing di Rumah Rakyat Batang Benar, Nilai, kelmarin.

SEREMBAN – Ekoran tidak mengikut piawaian dalam pembinaan struktur tambahan yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), sebanyak 25 pemilik rumah di Rumah Rakyat Batang Benar, Nilai di sini terpaksa menanggung akibatnya.

Ia selepas struktur tambahan yang dibina mereka dibelakang rumah masing-masing itu terpaksa dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh segera selepas ia tidak lagi selamat untuk diduduki.

Keadaan tersebut ekoran berlakunya mendapan tanah dan runtuhan tebing di belakang rumah berpunca daripada hujan lebat, petang kelmarin.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, MBS sentiasa mengingatkan agar penduduk terutama yang mendiami rumah berhampiran kawasan cerun dan berbukit agar tidak sewenang-wenangnya menambah struktur tambahan di rumah mereka.

“Ia bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Apa yang kita lihat kukuh itu sebenarnya tidak dapat menampung struktur tambahan tersebut,” katanya ketika meninjau beberapa buah rumah yang terjejas dalam kejadian tebing runtuh di Rumah Rakyat Batang Benar, Nilai, semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI