fbpx

Shireen Sungkar tiga kali gagal naik haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIREEN SUNGKAR

PELAKON Shireen Sungkar mengakui pengalaman kegagalan menunaikan ibadah haji sebanyak tiga kali menimbulkan tanda tanya dalam dirinya.

Ujar Shireen, dia hairan apabila hajat untuk menunaikan rukun Islam kelima tersebut di Tanah Suci Mekah tidak kesampaian walaupun segala persiapan telah pun dibuat.

“Tiga kali kali saya pernah lakukan persiapan untuk buat ibadah haji, namun semuanya tidak menjadi.

“Kali pertama pada 2017. Selang beberapa hari sebelum berangkat, saya yang hamil ketika itu tiba-tiba berasa hendak bersalin sebulan lebih awal,” katanya.

Biarpun berkemampuan dari segi kewangan, Shireen melalui pelbagai dugaan sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya apakah ada dosa yang menghalangnya menjadi tetamu Allah.

“Pada mulanya saya terfikir mungkin ada kesalahan yang telah saya buat. Namun apa yang pasti, jika Allah SWT belum berkehendak saya ke sana, pasti tidak akan terjadi,” jelasnya.

Pelakon sinetron Annisa itu bagaimanapun dapat menjejakkan kaki ke Mekah bersama suaminya, Teuku Wisnu pada Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI