fbpx

Polis siasat kes penyokong serang pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan sekumpulan penyokong menyerang pengadil perlawanan bola sepak antara mukim di Stadium Mini Pasir Mas, Ahad lalu.

PASIR MAS – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan insiden pengadil perlawanan bola sepak antara mukim diserang sekumpulan penyokong di Stadium Mini Pasir Mas di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui video berdurasi 39 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook, Kongsi Segala Info semalam.

Menurutnya, berdasarkan video tersebut, beberapa orang lelaki didapati sedang mengasari pengadil perlawanan dalam pertandingan bola sepak antara mukim di daerah ini.

“Insiden tersebut dapat disuraikan secara aman dengan bantuan anggota kereta peronda polis yang kebetulan berada di kawasan stadium semasa kejadian berlaku.

“Tiada sebarang kecederaan dialami oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI