fbpx

Obor-obor ‘abadi’ mampu kembali muda berulang kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEMUAN itu hanya dibuat selepas 15 tahun. - Alamy

MADRID – Sekumpulan saintis menemui spesies obor-obor yang boleh kembali muda dan membesar semula menjadi dewasa sepanjang hayatnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan penyelidik diketuai oleh Universiti Oviedo di Sepanyol telah memetakan kod genetik obor-obor spesies Turritopsis dohrnii (T. dohrnii) itu. 

Ia tidak seperti spesies obor-obor lain yang mati setelah mencapai kematangan seksual kerana mempunyai dua kali ganda bilangan genom yang dikaitkan dengan penyalinan dan pembaikan asid deoksiribonukleik (DNA).

Obor-obor ini mengaktifkan keupayaan tersebut untuk mengelak pemangsa yang membolehkannya kembali menjadi larva. Apabila ancaman hilang, ia kembali membesar dan matang.

Saintis bagaimanapun tidak mahu menternak dan mengubah obor-obor ini menjadi krim kulit untuk kegunaan manusia.

Keupayaan T. dohrnii hanya diketahui oleh mereka selama sekurang-kurangnya 15 tahun dan merupakan subjek utama untuk lebih memahami proses penuaan manusia.

Walaupun banyak jenis obor-obor mempunyai beberapa kapasiti untuk membalikkan penuaan dan kembali ke peringkat larva, kebanyakannya hilang keupayaan tersebut apabila mencapai kematangan seksual.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI