fbpx

LRT sesak, warga kota serbu Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di sekitar stesen LRT Salak Selatan sebentar tadi.

PETALING JAYA- Jumlah penumpang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menyambut Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka dilaporkan sesak selain perlu menunggu lebih lama untuk menaiki pengangkutan awam itu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di Stesen LRT Salak Selatan dan Cheras, jumlah penumpang dilihat terus meningkat sejak pukul 6.30 pagi di mana orang ramai memilih pengangkutan awam itu untuk ke Dataran Merdeka.

Ekoran peningkatan jumlah penumpang, rata-rata orang ramai juga perlu menunggu lebih lama ekoran tren yang tiba dari stesen sebelumnya telah penuh.

Menurut seorang penumpang, Rashamaria Ahmad, 29, dia memilih menggunakan LRT kerana mahu mengelakkan kesesakan untuk ke Dataran Merdeka.

“Tetapi, tidak sangka LRT pun ramai orang, memang meriah semangat ditampilkan Keluarga Malaysia.

“Walaupun saya rasa penat kerana perlu menunggu lama, tetapi pada masa sama turut bangga kerana warga kota berpusu-pusu le Dataran Merdeka,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI